Khamis, 13 Disember 2018

Inspirasi...

Dalam kehidupan seseorang perlu ada inspirasi, kerana ia dapat membantu diri seseorang untuk terus bangkit dalam mencapai segala impian yang telah lama diimpikan. Di sepanjang perjalanan hidup ini, kita akan temui pelbagai onak dan duri, maka disinilah kita akan diuji sama ada diri ini kuat atau tidak untuk menempuhinya, tetapi jika tidak punyai dugaan hidup, masakan lengkap hidup ini? Semestinya tidak lengkap bukan, jadi dari sinilah inspirasi buat diri amat diperlukan seperti jadikan iktibar setiap kisah kejayaan orang lain dari situ semangat akan muncul. Tetapi inspirasi yang bagaimana kita mahu memilih? Sini saya katakan, tidak perlu melihat orang yang jauh dari kita, cukup sekadar melihat insan yang sentiasa bersama diri kita di setiap waktu dan melihat bagaimana kita diasuh, kita dibesarkan dengan susah payahnya, itulah mereka insan yang paling banyak berjasa buat diri kita iaitu ibu dan ayah kita.
Kadang-kadang kita sentiasa merungut kerana setiap permintaan kita tidak dapat dipenuhi, tetapi pernahkah anda fikir bagaimana susah payahnya mereka mencari sesuap nasi buat diri kita, dikala kita sedang nyenyak diulit mimpi, si ayah bangun diawal pagi dengan keletihan yang masih tersisa dan bersiap-siap barang - barang untuk keluar mencari rezeki. Cuba kita berfikir, pernahkah kita menghargai setiap titik peluh pengorbanan mereka buat diri kita? Malahan kita lebih gemar merungut tanpa sedari kita telah menyakiti hati ibu dan ayah kita? Disini saya ingin mengajak anda dan diri saya untuk sama-sama kita hargai setiap pengorbanan mereka, sama-sama kita berusaha untuk menggembirakan hati mereka walau dengan melakukan perkara kecil. Akhir kalam dariku, setiap pengorbanan mereka ada nilainya, jika kita jatuh maka ingatilah pengorbanan mereka agar kita kembali bangkit bersemangat dalam mengharungi setiap cabaran dalam hidup, kerna merekalah inspirasiku.

Inspirasi... Dalam kehidupan seseorang perlu ada inspirasi, kerana ia dapat membantu diri seseorang untuk terus bangkit dalam mencapai seg...